Site icon TechNave BM

Skrin Xiaomi Mi 11 diiktiraf A+, cemerlang kerana ketepatan warna, kecerahan mantap

Platform penanda aras tertentu seperti DXOMARK, atau AnTuTu menentukan prestasi sesebuah telefon pintar. Tidak cukup dengan itu, sebuah platform teknologi skrin DisplayMate telah memberi keputusan terhadap prestasi skrin Xiaomi Mi 11.

Menurut DisplayMate, panel skrin Xiaomi Mi 11 mendapat markah cemerlang A+, iaitu markah tertinggi dalam sistem. Paparannya hampir sempurna dengan mod sRGB dan DCPI-3, bersama liputan 100% gamut warna.

Tahap kecerahan (brightness) juga berprestasi baik dengan tahap refleksi yang baik. Warnanya juga masih tepat walaupun apabila dilihat dari sudut 30°. Anda boleh melihat ulasan lanjut mengenainya di pautan rasmi DisplayMate.

Setakat ini, Xiaomi Mi 11 masih belum memasuki pasaran Malaysia. Apa pun, Xiaomi Malaysia pasti akan memaklumkan tarikh rasmi kehadirannya di pasaran Malaysia pada hari yang akan datang.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version