Site icon TechNave BM

Skuter siri R Blueshark dilancar di Malaysia: Mampu sejauh 110km pada kelajuan 80km/j bermula RM7,190

Blueshark, pembekal skuter elektrik pintar yang tercanggih di dunia, secara rasminya telah melancarkan skuter siri R Blueshark yang meliputi R1 dan R1 Lite untuk pasaran Malaysia pada hari ini. 

Jin Chan, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd berkata Skuter siri R Blueshark merupakan usaha mereka untuk membawakan solusi-solusi yang lestari dan inovatif ke pasaran mobiliti urban. Mereka percaya bahawa Blueshark R1 memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan mobiliti urban hijau menerusi penerimagunaan kenderaan elektrik beroda dua (2WEV) secara massa.

50 penunggang khidmat penghantaran barangan dan makanan telah membawa pulang skuter elektrik pintar R1 untuk menguji keupayaannya selama satu bulan di jalan raya Malaysia serta menguji rangkaian Blueshark BlueStation (Stesen Penukaran Bateri) di stesen-stesen Petronas yang terpilih. 

Dengan skuter elektrik pintar Blueshark R1, penunggang dapat menikmati jarak operasi sejauh 110km setelah dicas penuh (NEDC) dengan kelajuan tertingginya yang mencecah 80km/j berserta puncak tork bernilai 201Nm. 

Skuter elektrik pintar ini dikuasakan oleh motor magnet tetap elektrik 5000w yang berkelajuan tinggi di samping dua pek bateri litium besi fosfat (LFP) yang boleh ditukar ganti dengan segera di mana-mana stesen penukar bateri Blueshark (BlueStation) atau dicas penuh dalam tempoh 3.5 jam. 

Disediakan dengan lima mod tunggangan yang meliputi Walk Assist Mode (WAM) dan mod-mod Turbo, Blueshark R1 juga lengkap dengan sistem operasi pintar ArkRide dengan sambungan Bluetooth, navigasi GPS, pemain media, pengemaskinian OTA, perakam tunggangan dan banyak lagi, melalui papan pemuka HD IPS berwarna 10.4 inci yang mesra pengguna.

Untuk menaik taraf aksesibiliti ke atas mobiliti urban hijau buat seluruh rakyat Malaysia, skuter elektrik pintar Blueshark R1 akan ditawarkan bersama pelbagai pelan pemilikan termasuk pembelian terus di samping pakej-pakej langganan.

Di bawah merupakan pakej pembelian, sewaan dan langganan bateri:

Pakej pembelian (kenderaan sahaja, atas jalan, tanpa insurans dan dengan pengecualian SST)

Pakej Sewaan Korporat (Kenderaan dan bateri, atas jalan, dengan pengecualian SST, termasuk penyelenggaraan berjadual dan penggantian bahagian haus-dan-terhakis)

Pelan Langganan Bateri BlueSwap 

Sekiranya anda berminat, lawati laman web rasmi Blueshark untuk ketahui lebih lanjut mengenai skuter ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version