Site icon TechNave BM

smart #3 dilancar di Malaysia: EV dengan pecutan 0-100km/j dalam 3.7 saat, jarak sehingga 415km bermula RM175,000

smart Malaysia akhirnya telah melancarkan siri kenderaan elektriknya (EV) yang terbaru, smart #3, secara rasmi untuk pasaran Malaysia di Pavilion Bukit Jalil pada hari ini. Sebagai salah satu daripada tarikan utama dalam acara Malaysia Autoshow 2024 pada bulan Mei lalu, smart #3 merupakan EV yang amat dinanti oleh rakyat Malaysia.

Kenderaan yang dibina dengan kerjasama Mercedes-Benz ini terdiri daripada tiga varian utama iaitu smart #3 BRABUS, smart #3 Premium dan smart #3 Pro. Semua varian menawarkan pengalaman pemanduan EV yang mewah dan berprestasi tinggi serta telah direka khas untuk memenuhi permintaan khusus dalam pasaran Malaysia.

smart #3 Pro yang merupakan varian asas menampilkan Roda Flux 19″ yang mempunyai rintangan angin rendah, bateri LFP 49kWh dan menyediakan jarak pemanduan WLTP sehingga 325km.

smart #3 Premium pula menawarkan ciri-ciri tambahan seperti Lampu Hadapan CyberSparksLED + Matrix, gril hadapan berlampu dan bateri NCM 66kWh. Bateri ini boleh menggerakkan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang, dengan pecutan 0 hingga 100km/j dalam masa 5.8 saat sahaja. Jarak WLTP pula boleh pergi sejauh 455km.

Ia menyokong pengecasan AC dan DC sehingga 22kW. Pengecas AC boleh mengecas daripada 10% hingga 80% dalam masa kurang daripada tiga jam. Ia juga mempunyai tiga tahap brek regeneratif baru iaitu Rendah, Sederhana dan Tinggi serta disokong oleh 23 sensor berketepatan tinggi yang membenarkan 21 fungsi ADAS dengan baik.

Sementara itu, varian termahal, smart #3 BRABUS pula mempunyai kuasa pecutan 0-100km/j sepantas 3.7 saat sahaja. Prestasi ini dikuasakan oleh rangkaian kuasa dwi-motor pacuan semua roda (dual-motor all-wheel-drive) 315kW/543Nm, manakala jarak WLTP pula adalah yang paling jauh dalam siri smart #3 iaitu sehingga 415km.

Siri smart #3 akan dijual dalam 12 pilihan warna. Berikut adalah harga on-the-road (tanpa insurans) untuk semua model smart #3:

Jika anda berminat untuk melihat EV baharu ini dengan lebih dekat, anda dijemput untuk menghadiri pelbagai jerayawara smart Malaysia di lokasi dan tarikh tersebut:

smart Malaysia juga menawarkan pelan Pemilikan Premium All-Inclusive untuk para pelanggannya, yang menawarkan pelbagai manfaat seperti:

Layari laman web smart Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kenderaan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version