Site icon TechNave BM

smart #3 dipandu uji buat kali pertama, bakal diumum di Malaysia Autoshow 2024

Smart Malaysia baru-baru ini mengadakan acara pratonton eksklusif yang bertemakan “Chasing Thrills” di Subang Jaya. Acara ini adalah untuk memperkenalkan kenderaan elektrik baharu smart #3 dan berlangsung selama tiga hari. Ia membolehkan pengunjung melihat dan merasai penambahan teknologi terkini pada smart #3.

smart #3 dicipta oleh Kai Saiber yang merupakan pengarah reka bentuk Mercedes-Benz. Fungsi smart #3 ditunjukkan melalui pelbagai aktiviti termasuk pandu uji dan penerokaan produk yang mentakrifkan semula sifat mobiliti bandar.

Dengan reka bentuk sporty seperti SUV dan lengkungan yang elegan, smart #3 membuat pandu uji penuh pertamanya di litar ujian PROTON untuk menunjukkan prestasi secara komprehensif. Pengunjung juga diberikan pendedahan tentang aplikasi pintar Hello dan rangkaian pengecasan.

smart #3 yang memenangi Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Rekaan Red Dot akan membuat penampilan sulungnya di Pameran Permotoran Malaysia 2024. Kereta elektrik baharu smart #3 akan dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2024 dari 22 hingga 26 Mei 2024.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version