smart Malaysia hari ini telah memperkenalkan smart #5 iaitu SUV elektrik baharu yang memfokuskan gaya, ketahanan dan prestasi untuk pengguna bandar. Ditawarkan dalam varian Premium dan BRABUS, model ini melengkapkan barisan smart #1 dan #3 sebagai pilihan EV bersaiz sederhana.
Rekaannya menampilkan bentuk kotak dengan kabin lounge premium menggunakan kulit Nappa dan kemasan kayu oak, dilengkapi bumbung kaca panorama 1.7m² serta ruang simpanan luas termasuk but 1,530L dan frunk 72L. Teknologi turut dipertingkat melalui dua skrin OLED 13 inci, paparan AR HUD 25.6 inci, cipset AMD V2000, sistem audio SENNHEISER 20 pembesar suara dengan Dolby Atmos serta LEO iaitu avatar pintar berteknologi ChatGPT.
Aspek keselamatan digalas dengan struktur 82% keluli berkekuatan tinggi, ketegaran tork 42,000Nm, tujuh beg udara, smart Pilot Assist, HWA dengan Stop & Go dan kamera 360°. Model ini juga meraih 5-Bintang Euro NCAP. Varian Premium dan Brabus bagi smart #5 berbeza dari segi prestasi, reka bentuk dan pengalaman pemanduan.
Premium menawarkan SUV elektrik yang lebih elegan dan praktikal dengan kuasa lebih sederhana, jarak gerak sekitar 590 km, dalaman mewah dengan kulit Nappa dan fokus kepada keselesaan serta gaya. Sebaliknya, Brabus menekankan prestasi tinggi dengan sistem dwimotor AWD, pecutan 0–100 km/j lebih pantas, jarak gerak sedikit lebih rendah (~540 km), rekaan sporty termasuk kit badan Brabus dan rim 21-inci serta dalaman Dinamica microfibre dengan aksen merah.
smart #5 menggunakan bateri 100kWh dengan jarak sehingga 590km WLTP dan menyokong seni bina 800V yang membolehkan pengecasan 10%–80% dalam 15 minit bersama AC 22kW dan DC sehingga 400kW. Varian Premium (RWD) memecut 0–100 km/j dalam 6.5s manakala BRABUS (AWD) hanya 3.8s.
Pakej Pemilikan Premium Menyeluruh merangkumi jaminan bateri 8 tahun/200,000km, jaminan komponen 8 tahun/150,000km, jaminan kenderaan 4 tahun tanpa had perbatuan, bantuan tepi jalan 24 jam, pengecas Wallbox, adaptor V2L, pakej aksesori dan data internet 3 tahun.
Harga atas jalan tanpa insurans untuk varian Premium ialah RM199,800 manakala BRABUS RM249,800 (untuk 300 pelanggan terawal). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

