Site icon TechNave BM

SMIC memohon lesen dari Amerika Syarikat untuk berbisnes dengan HUAWEI

Berdasarkan sumber sebelum ini, syarikat semikonduktor terbesar di China, Semiconductor Manufacturing International Corp (SMIC), dikatakan telah memohon lesen dari pihak Amerika Syarikat untuk berbisnes dengan HUAWEI.

Kini, SMIC telah mengesahkan berita tersebut kepada Beijing News bahawa mereka sedang berusaha untuk memohon lesen dari Amerika Syarikat untuk menyambung pembekalan cipset kepada HUAWEI.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka akan patuh pada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan di seluruh kawasan dan semua negara yang terlibat.

Syarikat SMIC ini berpangkalan di Shanghai, China dan telah diasaskan pada tahun 2000 dan ianya adalah antara lima syarikat pengilangan semikonduktor terbesar di dunia.

Namun, berbeza dari syarikat TSMC dan Samsung yang sudah menghasilkan cipset 5nm, SMIC ini masih lagi menghasilkan cipset 14nm untuk peranti telefon pintar.

Adakah SMIC berjaya untuk berbisnes dengan HUAWEI? Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version