Site icon TechNave BM

Snapchat perkenalkan bar navigasi pada aplikasi untuk kemas kini kali kedua

Kali terakhir Snapchat membuat perubahan besar kira-kira tiga tahun yang lalu, malah syarikat itu tidak berjaya mencuri perhatian pengguna aplikasi. Bukan sahaja kemas kini yang tidak digemari, bahkan aplikasi juga telah kehilangan berjuta-juta pengguna selepas reka bentuk semula. Kini, aplikasi pemesejan ini mungkin akan melakukan satu lagi kemas kini yang lebih besar mengikut trend.

Snapchat sedang menjalankan ujian untuk membawa aplikasinya ke arah yang baru. Kemas kini akan dilengkapi dengan bar navigasi yang merupakan komponen utama kepada setiap aplikasi. Oleh itu, anda mungkin mendapat bar navigasi untuk mengetahui lokasi anda berada.

Selain itu, seksyen ‘Happening Now‘ juga akan ditambah ke aplikasi itu sebagai ciri baharu. Ianya adalah untuk penyampaian berita global dengan gaya baru daripada penerbitan berita terpilih. Apabila anda membuka link pada tajuk berita utama, ciri ini kemudiannya akan membawa anda ke artikel ringkas beserta gambar untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Beritahu kami jika anda teruja tentang reka bentuk semula aplikasi ini di laman Facebook kami. Teruskan bersama TechNave BM untuk berita teknologi yang lebih kerap.

Exit mobile version