Site icon TechNave BM

Snapdragon 860 diumum: Cipset varian Snapdragon 855 yang lebih berprestasi

Jika anda mengikuti perkembangan industri telefon pintar, anda pasti menyedari bahawa POCO X3 Pro diumumkan bersama janaan cipset yang baru pertama kali muncul di pasaran. Cipset yang ada pada POCO X3 Pro, Snapdragon 860 kini diumumkan secara rasmi oleh Qualcomm.

Menurut Qualcomm, cipset ini dinamakan sebagai Snapdragon 855+/Snapdragon 860. Ia adalah cipset yang dibina melalui proses 7nm sama seperti Snapdragon 855, Snapdragon 865 dan Snapdragon 870. Ia dilengkapi CPU Kryo 486, GPU Adreno 640 yang dilapor mempunyai 15% prestasi grafik dan CPU lebih baik berbanding Snapdragon 855.

Untuk membaca spesifikasi penuh mengenai Snapdragon 860, anda boleh menyemak pautan rasmi Qualcomm ini. Menurut kami, anda boleh menganggap Snapdragon 860 sebagai varian Snapdragon 855 yang lebih berprestasi.

Apakah pandangan anda mengenai cipset ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qualcomm

Exit mobile version