Site icon TechNave BM

Snapdragon 865 Plus mungkin akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini

Kita sudah pun boleh menjangkakan beberapa telefon yang akan dikuasai oleh cipset Qualcomm Snapdragon 865 untuk dilancarkan dalam masa terdekat. Walaupun begitu, sekarang sudah terdapat berita bahawa Qualcomm akan melancarkan varian yang lebih canggih buat cipset itu pada tahun ini.

Sebuah pihak pembocor berita di Weibo mendedahkan bahawa Qualcomm akan mengumumkan Snapdragon 865 Mobile Platform yang lebih canggih pada suku ketiga tahun ini, dinamakan Snapdragon 865 Plus atau 865+.

Dia juga mengatakan beberapa prototaip akan muncul dalam masa dua bulan lagi. Jika dilihat pada cipset Snapdragon yang lepas, varian Plus menawarkan prestasi yang lebih bagus serta CPU dan GPU yang mempunyai kadar clocked yang lebih tinggi.

Adakah anda akan mendapatkan telefon dengan cipset Snapdragon 865 kelak atau tunggu untuk Snapdragon 865 Plus disertakan dalam telefon akan datang? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version