Site icon TechNave BM

Snapdragon 870 5G diumum: Cip 3.2GHz, tidak banyak beza dengan Snapdragon 865 Plus

Selain Snapdragon 888, Qualcomm telah mengumumkan kehadiran cip baharu di pasaran pada tahun ini iaitu Snapdragon 870 5G. Cipset yang masih berada dalam kelas andalan ini dilapor menawarkan peningkatan prestasi daripada siri Snapdragon 865 yang lepas.

Snapdragon 870 5G memiliki pemproses Kryo 585 dan teras pemproses grafik Adreno 650 sama seperti Snapdragon 865/865 Plus. Namun, Snapdragon 870 5G berkelajuan 3.2GHz, 10% lebih pantas dari Snapdragon 865 dan hanya 3% lebih pantas dari Snapdragon 865 Plus.

Mengenai sambungan, Snapdragon 870 5G memiliki Snapdragon X55 5G Modem-RF System yang menyokong kelajuan sambungan 5G sehingga 7.5Gbps. Terdapat juga sokongan Wi-Fi 6. Cip ini turut menyokong paparan Dolby Vision, paparan gaming HDR 10 bit, kamera tunggal sehingga 200MP, rakaman video 4K dan turut menyokong teknologi cas pantas Qualcomm Quick Charge 4+.

Anda boleh membaca spesifikasi lanjut Qualcomm Snapdragon 870 5G di pautan ini. Cipset ini bakal menjana beberapa peranti seperti Motorola, OnePlus dan Xiaomi pada suku pertama tahun 2021. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qualcomm

Exit mobile version