Site icon TechNave BM

Snapdragon 875 akan dilancar pada 1 Disember, mungkin dengan pemproses laju ARM Cortex-X1

Terkini, sumber mendedahkan bahawa tarikh untuk acara besar Qualcomm, Tech Summit Digital 2020 telah disahkan pada 1 dan 2 Disember 2020. Sumber meramalkan Snapdragon 875 akan dilancar pada acara ini. Walaupun ia tidak dinyatakan secara langsung, tetapi Qualcomm akan melancarkan cipset flagship terbarunya pada acara sebegini.

Melalui jemputan emel yang diperoleh dari sumber untuk hebahan acara ini, Qualcomm memaparkan “premium-tier mobile performance”. Kenyataan prestasi mudah alih tahap premium ini mungkin merujuk kepada Snapdragon 875.

Menurut sumber lain, Snapdragon 875 dikatakan mungkin hadir dengan pemproses ARM teras X1-Cortex. Pemproses ARM ini diramalkan akan menjana prestasi yang sangat pantas dan lancar. Apa pun, maklumat ini hanyalah ramalan semata-mata.

Terdahulu, kami pernah memaklumkan mengenai hasil janaan markah cip Apple 14 Bionic di Geekbench yang mungkin lebih berprestasi dari Snapdragon 875 dan Samsung Galaxy S21 yang akan dijana Snapdragon 875.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version