Site icon TechNave BM

Snapdragon 875 dan cas pantas 100W bakal jadi tarikan utama telefon pintar 2021

Memandangkan kita telah melepasi pertengahan pertama tahun 2020, pastinya berita tidak rasmi seperti khabar angin mengenai industri telefon pintar akan tular. Terkini, terdapat penularan awal berita tidak rasmi mengenai ramalan tarikan utama jualan telefon pintar tahun 2021.

Berkemungkinan, cipset flagship dari Qualcomm yang seterusnya, Snapdragon 765 bakal menjadi salah satu tarikan jualan telefon pintar tahun hadapan. Kami pernah memaklumkan bahawa TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Company) telah mula menghasilkan cipset yang bakal dibina berasaskan proses 5nm dengan jalur asas Snapdragon X60 5G.

Selain itu, tarikan jualan utama yang diramalkan adalah pengecasan pantas 100W. Sehingga sekarang, cas pantas 100W masih belum dipasarkan secara rasmi. Namun, terdapat khabar berita lepas mengenai Xiaomi dan OPPO yang memperkenalkan teknologi cas pantas 100W. Khabarnya, pengecasan penuh bateri 4000mAh hanya selama 17 minit!

Memandangkan kedua-dua spesifikasi ini mungkin bakal menjadi spefikasi tertinggi, ia diramalkan akan menjadi daya tarikan utama penjualan telefon pintar tahun 2021. Terutama, Snapdragon 875 yang mungkin dilancarkan pada September ini selepas Snapdragon 865 Plus yang mungkin dilancarkan pada Julai ini.

Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: sparrowsnews

Exit mobile version