Site icon TechNave BM

Snapdragon 888 Plus yang lebih padu bakal hadir pada pertengahan tahun 2021

Kita telah menyaksikan kehadiran Snapdragon 888 dalam peranti pertamanya, Xiaomi Mi 11 yang telah dilancar pada beberapa hari yang lalu. Sumber kini melaporkan bahawa cipset andalan seterusnya dari Qualcomm, Snapdragon 888 Plus mungkin hadir pada pertengahan kedua tahun 2021.

Snapdragon 888 adalah cipset andalan untuk tahun 2021 yang telah diumum lebih awal pada akhir Disember yang lalu. Ia telah hadir pada Xiaomi Mi 11 dan dijangka bakal hadir pada realme Koi, Samsung Galaxy S21, OPPO Find X3, OnePlus 9 dan lain-lain.

Menurut sumber, Snapdragon 888 Plus bakal hadir pada sekitar pertengahan kedua tahun 2021, sama seperti garis masa Snapdragon 865 Plus yang lepas. Tambah sumber, Qualcomm mengunci frekuensi GPU pada 840MHz untuk mengelakkan jenama telefon pintar mengatasi frekuensi tersebut secara tersembunyi.

Anda boleh menyemak berita lepas mengenai Snapdragon 888 dan Xiaomi Mi 11 yang telah dilancar.

Adakah anda bakal mendapatkan peranti dengan cipset andalan pada tahun ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version