Site icon TechNave BM

Snapdragon 898 akan dibuat oleh Samsung, sama seperti Snapdragon 888

Ramai antara pengguna yang tahu serba sedikit mengenai cipset dalam telefon pintar. Namun, tahukah anda bahawa Qualcomm sebenarnya tidak mengilangkan cipsetnya sendiri? Cipset andalan Snapdragon 888 sebenarnya dibuat dan dikilangkan oleh Samsung, begitu juga dengan cipset generasi seterusnya.

Baru-baru ini, WinFuture melaporkan bahawa Qualcomm sudah mula membina cipset andalan yang seterusnya. Ia memiliki nombor model SM8450 dengan kod nama “Waipio”, iaitu kod nama yang munckin muncul dalam aplikasi penanda aras prestasi seperti Geekbench. Cipset baharu ini dijangka dikilangkan dan dibuat oleh Samsung, sama seperti Snapdragon 888.

Turut dilaporkan, Qualcomm sudah mula menguji sampel cipset di Korea. Apa pun, ia hanyakah ura-ura sahaja yang tidak dapat dikenal pasti kesahihannya. Persoalannya, adakah cipset ini akan diberi gelaran Snapdragon 898 atau Snapdragonn 895?

Terdahulu, Qualcomm dilapor bakal mengeluarkan varian cipset Snapdragon 888 yang lebih murah tanpa sokongan 5G.

Kongsikan pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Roland Quandt

Exit mobile version