Site icon TechNave BM

Snapdragon Summit akan diadakan pada 24-26 Oktober 2023, mungkin lancarkan Snapdragon 8 Gen 3

Snapdragon 8 Gen 3 telah menjadi perbincangan tentang spesifikasi, prestasinya dan banyak lagi. Qualcomm telah mengumumkan Snapdragon Summit untuk tahun ini yang akan diadakan dalam beberapa bulan.

Sebelum ini, Snapdragon Summit memperkenalkan Snapdragon 8 Gen 2 telah pada 15-17 November 2022 di Hawaii. Untuk tahun ini, lokasinya tidak berubah, tetapi tarikhnya di bawa lebih awal iaitu 24-26 Oktober 2023 zeperti yang diberitahu oleh Alvin di Twitter.

Sebaliknya, Snapdragon 8 Gen 3 dikatakan direka pada nod N4P, meningkatkan prestasi tanpa mengorbankan kecekapan kuasa. Pada tahun ini juga, dijangka terdapat pratonton teras tersuai Oryon oleh Qualcomm. 

Namun, Snapdragon 8 Gen 3 bukanlah satu-satunya cipset yang menampilkan teras Oryon ini. Dikhabarkan Snapdragon 8 Gen 4 yang mungkin dilancarkan pada tahun 2024, Snapdragon 8cx Gen 4, silikon yang direka untuk komputer riba yang menampilkan lebih banyak teras daripada cipset telefon pintar syarikat. 

Qualcomm dikhabarkan akan menguji dua versi di mana satu daripadanya menggunakan dua teras Cortex-X4. Walau bagaimanapun, demi kecekapan kuasa, versi komersial mungkin akan menggunakan teras Cortex-X4 tunggal dengan konfigurasi akhir dikatakan ‘1 + 5 + 2.’ 

Kita juga harus mengharapkan untuk melihat teras ‘titanium’ untuk kali pertama, bersama-sama dengan pengenalan GPU Adreno 750 baharu. Namun, seperti biasa, ini hanyalah jangkaan kami untuk Snapdragon Summit tahun ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qualcomm

Exit mobile version