Site icon TechNave BM

SNS Network bekal peranti, aksesori Apple kepada Kumon Malaysia

Anak syarikat SNS Network Technology Bhd, SNS Network (M) Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kumon Education (Malaysia) Sdn Bhd (Kumon Malaysia) untuk pembekalan produk dan aksesori Apple iPad.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, SNS akan mencipta dan menyelenggara portal yang boleh diakses oleh ibu bapa dan pelajar Kumon Malaysia sambil turut melaksanakan semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan produk serta aksesori Apple iPad.

Kerjasama ini membolehkan Kumon Malaysia mendapat akses kepada rangkaian produk dan aksesori Apple yang ditawarkan oleh SNS secara lancar dan juga membolehkan Kumon berkhidmat dan berkomunikasi dengan lebih baik dengan ibu bapa serta pelajar melalui portal khusus itu.

Peranti pintar ini akan membantu pengalaman pembelajaran pelajar selepas sekolah dengan memberikan mereka akses kepada alatan untuk merangsang minda dan membolehkan pelajar berinteraksi antara satu sama lain.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: TheStar

Exit mobile version