Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (Federal Communications Commission, FCC) Amerika Syarikat telah mengesahkan dalam pengiktirafan untuk Samsung Galaxy S21 Ultra bahawa telefon tersebut akan menyokong penggunaan stilus S Pen.
FCC melaporkan bahawa telefon dengan nombor model SM-G998B bakal menyokong penggunaan stilus bernama S-PEN yang boleh mengesan gerakan tangan serta klik (Hover and Click). Stilus tersebut beroperasi dengan frekuensi 0.53-0.6 MHz.
Walaupun sokongan S Pen sudah disahkan, masih tidak pasti jika stilus itu akan disertakan bersama Galaxy S21 atau akan dijual secara berasingan. Setakat ini, spesifikasi awal yang telah tertiris mengatakan Galaxy S21 Ultra bakal dilengkapi skrin Dynamic AMOLED 2X 6.8 inci 120Hz, cipset Exynos 2100 dan kamera 108MP.
Anda boleh baca berita berkenaan Samsung Galaxy S21 di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: FCC

