Site icon TechNave BM

Sokongan Windows 10 Home dan Pro akan berakhir pada 2025

Microsoft berkata Windows 10 versi 22H2 akan menjadi kemas kini ciri terakhir yang akan dikeluarkan untuk sistem pengendalian Windows 10. Windows 10 22H2 mencapai ketersediaan umum pada Oktober 2022 dan memasuki penggunaan yang meluas pada 18 November 2022.

Semua edisi Windows 10 22H2 (Home, Pro, Enterprise, Education, Pro Education, Pro for Workstations dan edisi IoT Enterprise) akan mencapai penghujung perkhidmatannya pada Oktober 2025. Pengguna dan organisasi yang kekal menggunakan Windows 10 dinasihatkan untuk menaik taraf peranti mereka kepada Windows 10 22H2.

Hal ini adalah kerana untuk terus menerima keluaran kemas kini keselamatan bulanan sehingga 14 Oktober 2025 iaitu apabila Windows 10 mencapai penghujung sokongannya. Lebih daripada 73% daripada semua komputer Windows masih menjalankan Windows 10 menurut tinjauan Valve Mac 2023 dan statistik bahagian pasaran Windows StatCounter.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Microsoft

Exit mobile version