Site icon TechNave BM

‘Sonic the Hedgehog’ filem permainan video dengan kutipan tertinggi di seluruh dunia

Filem Sonic the Hedgehog menjadi filem permainan video yang meraih kutipan minggu pertama paling tinggi. Walaupun pada mulanya filem itu menghadapi kesukaran serta banyak kritikan selepas versi pertama sedutan filem dilancarkan, pihak produksi berjaya membuat kemunculan semula dengan memperbaiki reka bentuk Sonic.

Filem ini telah mengutip 57 juta USD (~ RM219 juta) selepas tiga hari pelancarannya di Amerika Syarikat, mengatasi filem Detective Pikachu yang sebelum ini memegang rekod sebanyak 54.3 juta USD (~ RM225 juta).

Manakala untuk kutipan di seluruh dunia, filem ini berjaya mengaut keuntungan sebanyak 43 juta USD (~ RM178 juta) yang membawa jumlah pembukaannya kepada 100 juta USD (~ RM414 juta), mengatasi filem seperti Tomb Raider dan Warcraft.

Jika anda masih ingat, filem ini pernah disekat di Internet kerana karakter Sonic kelihatan agak menakutkan dalam sedutan filemnya yang pertama. Selepas itu, Paramount Pictures mengambil serius tentang komen yang diterima dengan mereka bentuk semula watak itu.

Apakah reaksi anda selepas menonton filem ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita filem terkini.

Sumber : CNET

Exit mobile version