Site icon TechNave BM

Sonos Malaysia lancarkan kedai konsep pertama di Bukit Bintang

Pada hari ini, TC Acoustics melancarkan kedai konsep pertama di Malaysia untuk jenama kelengkapan audio premium Sonos dalam pusat beli-belah The Starhill Bukit Bintang. Kedai ini menyediakan pengalaman menyeluruh yang membenarkan pelanggan untuk menikmati kualiti audio daripada produk Sonos.

Selain memaparkan produk terkini seperti pembesar suara dan soundbar, kedai konsep Sonos ini turut menyediakan bilik pendengaran peribadi (private listening room) bagi menghasilkan pengalaman audio yang sama dalam ruang tamu di rumah.

Untuk para pelanggan yang serius dengan kualiti audio di rumah, mereka boleh bawa pelan lantai rumah ke kedai ini dan dapatkan konsultasi secara peribadi dengan pakar audio.

Menurut CEO TC Acoustic Christian Honegger, Sonos Concept Store pertama di Malaysia ini dicipta berdasarkan TC Experience Store di Singapura yang telah diiktiraf oleh The Straits Times sebagai pemberi perkhidmatan pelanggan yang sangat tinggi.

CEO TC Acoustic Christian Honegger

Sempena pembukaan kedai ini, TC Acoustic akan memberi 100 goodie bag percuma kepada para pelanggan awal yang melawat kedai konsep Sonos. TC Acoustic juga akan menganjurkan beberapa acara khas untuk para peminat audio seperti Sonos Hacks Workshops dan kursus hiasan rumah.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melawat kedai ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version