Site icon TechNave BM

Sonos Ray dilancar di Malaysia, soundbar semua-dalam-satu berharga RM1,799

Hari ini, Sonos Malaysia telah mengumumkan soundbar baharu yang dipanggil Sonos Ray. Ia kelihatan agak kecil tetapi membawa harga RM1,799. Di bawah merupakan ciri-ciri menarik mengenai Sonos Ray ini.

Sonos Ray adalah soundbar semua-dalam-satu untuk tontonan filem atau rancangan TV, mendengar muzik serta memberikan pengalaman gaming yang mengasyikkan. Syarikat itu juga mendakwa bahawa sistem bunyi itu direka oleh jurutera bunyi Hollywood. Peranti ini mempunyai peningkatan pertuturan (Speech Enhacement) dan mod bunyi malam untuk mengurangkan bunyi yang terlalu kuat.

Sonos Ray boleh disambungkan ke mana-mana TV dan dikawal dengan mana-mana alat kawalan jauh sedia ada. Selain itu, ia juga boleh disambungkan ke PC yang mempunyai sokongan output optik. Terdapat satu lagi fungsi menarik iaitu teknologi penalaan Trueplay yang menyesuaikan bunyi mengikut kawasan persekitaran.

Pra-tempahan Sonos Ray telah pun bermula pada harga RM1,799 seperti yang dinyatakan di atas. Anda boleh mendapatkan sama ada dalam warna hitam atau putih setelah peranti ini dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada penghujung bulan Jun 2022.

Adakah anda berminat dengan soundbar Sonos Ray? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version