Site icon TechNave BM

Sony akan beri puluhan “game” percuma sehingga Jun, termasuk Horizon Zero Dawn

Sejak 1 Mac, Sony PlayStation telah menjalankan inisiatif Play At Home 2021 di mana mereka akan memberikan pelbagai game percuma kepada semua pemilik PlayStation sehingga bulan Jun 2021. Game pertama yang diberikan secara percuma adalah Ratchet & Clank PS4 yang boleh didapati sehingga 31 Mac.

Kini Sony juga telah menyenaraikan game-game seterusnya yang akan diberikan secara percuma bermula 25 Mac hingga 22 April iaitu ABZÛ, Enter the Gungeon, Rez Infinite, Subnautica, The Witness, Astro Bot Rescue Mission, Moss, Thumper dan Paper Beast.

Di samping itu, game sensasi Horizon Zero Dawn Complete Edition boleh didapati secara percuma pada 19 April hingga 14 Mei.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana game ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PlayStation Blog

Exit mobile version