Site icon TechNave BM

Sony akan lancarkan telefon baru pada 14 April, mungkin Xperia 1 III dan Xperia 10 III

Sony telah mengumumkan bahawa telefon pintar Xperia yang baru akan dilancar pada hari Rabu, 14 April jam 4:30 petang waktu Jepun (3:30 petang waktu Malaysia). Mereka tidak memberitahu nama telefon secara spesifik, namun tiga telefon yang dijangkakan adalah Xperia 1 III, Xperia 10 III dan Xperia 5 III.

Telefon-telefon andalan Sony ini mungkin akan dilengkapi pemproses Snapdragon 888, manakala Xperia 1 III mungkin dilengkapi skrin 6.5 inci 21:9 CinemaWide 4K HDR OLED 120Hz. Sebelum ini, Xperia 1 II menampilkan skrin dengan resolusi 4K iaitu sesuatu yang masih jarang terdapat dalam telefon pintar.

Sony sepatutnya telah melancarkan telefon pada bulan Februari dalam acara Mobile World Congress, namun ia terpaksa ditangguh kerana mereka menarik diri daripada acara tersebut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Sony Xperia yang baru pada tahun ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version