Site icon TechNave BM

SONY Alpha 7S III sudah boleh dipra-tempah, harga bermula RM16,599

Baru-baru ini, SONY telah mengongsikan kamera terbaru mereka, SONY Alpha 7S III untuk prestasi sensitivi pencahayaan dan kelajuan autofokus yang lebih baik. Dengan mempamerkan sebahagian dari jurugambar dan juruvideo, perkongsian ini juga memaparkan maklumat pra-tempah SONY Alpha 7S III bermula pada harga RM16,599.

Penawaran ini bukan sahaja hadir dengan pek bateri percuma NP-FZ100 dan kad SD SF-G64T, malah Alpha 7S III turut dipakejkan bersama lensa SEL24F15GM bersama hadiah percuma yang dinyatakan bernilai RM21,699. Terdapat juga tawaran pakej yang lebih besar seperti badan Alpha 7S III bersama lensa SEL2470GM berharga RM24,999.

Anda boleh menyemak butiran lanjut dan menonton perkongsian melallui videi di YouTube di bawah atau laman web rasmi SONY:

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran teknologi terkini.

Exit mobile version