Site icon TechNave BM

Sony anjurkan kempen Seize The Throne, anda berpeluang untuk menangi PlayStation 5!

Sony kini sedang melangsungkan kempen gaming Seize The Throne di mana para pemain PlayStation 4 dan PlayStation 5 boleh melengkapkan pelbagai aktiviti Community Goals untuk memenangi hadiah menarik termasuklah sebuah konsol PlayStation 5. Penyertaan dibuka untuk semua pemilik akaun PlayStation Network.

Para pemain perlu mendapatkan mata untuk melengkapkan tiga tahap Stages dalam kempen ini dan mata tersebut boleh diperolehi dengan bermain game bersama rakan, menggunakan fungsi Share, meraih Trophy dan pelbagai lagi aktiviti.

Setiap Stage akan mempunyai jumlah mata yang perlu dicapai, dan sebaik sahaja para pemain berjaya mengumpul mata dalam satu Stage, semua peserta akan menerima aksesori digital seperti avatar dan dynamic theme eksklusif.

Pada 18 November 2021 jam 2:00 pagi waktu Malaysia, Sony akan menanyakan tiga soalan dan pemain yang berjaya memberikan jawapan paling dekat dengan jawapan sebenar akan memenangi tiga hadiah utama iaitu konsol PlayStation 5, set cincin King’s PlayStation Shapes dan fon kepala PULSE 3D.

Layari laman web Sony Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertai kempen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version