Site icon TechNave BM

Sony bakal bawa francais ‘game’ konsol ke telefon pintar bermula Mac 2022!

Tahun ini adalah tahun yang agak sibuk untuk Sony PlayStation. Bukan sahaja mereka perlu memenuhi permintaan PlayStation 5, tetapi mereka juga dikhabarkan sedang dalam proses untuk membawakan beberapa game popular konsol mereka ke telefon pintar dalam masa terdekat. Perancangan ini dijangka akan dilaksanakan bermula bulan Mac tahun hadapan.

Mengikut Presiden Sony Interactive Entertainment, mereka kini sedang dalam proses permulaan untuk membawa game eksklusif mereka luar dari konsol. Baru-baru ini, mereka telah perkenalkan beberapa game popular seperti Horizon Zero Dawn dan Predator untuk pasaran PC.

Beliau juga menunjukkan bahawa mobile gaming telah menghasilkan untung sebanyak $121 billion (~RM501 bilion) secara global pada tahun 2020, jauh lebih banyak berbanding $62 billion (~RM256 bilion) untuk pasaran konsol. Disebabkan itu, mereka ingin memulakan langkah baru ini.

Sumber menyatakan bahawa PlayStation akan membuka unit bisnes baru mereka untuk memasukkan francais game popular mereka ke telefon pintar. Pengguna mungkin akan melihat game seperti God of War, Gran Turismo, Killzone, The Last of US, Until Dawn, Uncharted dan banyak lagi di telefon pintar tidak lama lagi.

Adakah anda gembira dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version