Site icon TechNave BM

Sony bakal hasilkan “controller” PlayStation baharu tahun hadapan, miliki ciri klip tambahan

Setiap kali sesebuah jenama menyerahkan patennya, ia sering mencetuskan perbincangan tentang alatan teknologi yang berpotensi mengubah cara hidup kita. Minggu ini, terdapat paten baharu yang diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment Japan pada controller mudah alih baharunya.

Daripada lakaran yang didedahkan itu, controller tersebut nampaknya direka bentuk dan dibuat untuk game mudah alih. Menyerupai reka bentuk joystick PlayStation 4 DualShock 4, ia kelihatan seperti terdapat klip tambahan untuk peranti yang mana pengguna boleh melekatkannya dengan mudah.

Sumber mengatakan bahawa jika aksesori ini berjaya diimplementasikan, ia berpotensi untuk bermain game PS melalui Remote Play atau awan dalam talian (cloud). Untuk pengetahuan, Sony telah mengupah bekas eksekutif Apple Arcade, Nicola Sebastiani untuk mengetuai operasi mudah alih ini pada bulan Oktober lalu.

Selepas sebulan, Jim Ryan, Ketua Pegawai Eksekutif PlayStation mengesahkan bahawa pasukan itu merancang untuk membawa beberapa “IP ikonik” ke platform mudah alih pada tahun 2022. Pada masa ini, Ryan berkata mereka meneroka pasaran mudah alih dengan beberapa ciri PlayStation baharu yang menarik.

Setakat ini, satu-satunya game PlayStation yang disahkan akan datang tahun depan ialah WipEout. Bagi mereka yang tidak tahu, ia adalah game perlumbaan berasaskan kad PS klasik dan ia dirancang untuk dikeluarkan pada peranti iOS dan Android pada awal tahun 2022. Game bertajuk Triple-A atau game dalam talian juga sedang dihasilkan.

Memandangkan permainan mudah alih sangat popular di negara Asia seperti Malaysia, kita melihat banyak potensi dalam aksesori controller gaming ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakan controller ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: videogameschronicle

Exit mobile version