Site icon TechNave BM

Sony bekerjasama dengan Fnatic, bangunkan produk “gaming” INZONE

Sony telah menandatangani perjanjian perkongsian global bersama Fnatic iaitu pasukan e-sukan profesional. Pasukan pembangun produk Sony akan menguji tentang konsep produk, prestasi dan teknologi dengan pemain profesional dari Fnatic.

Pemain profesional dari Fnatic akan menjalani ujian produk yang ketat untuk produk INZONE yang sedang dibangunkan. INZONE merupakan jenama peralatan gaming untuk pemain PC daripada Sony yang menampilkan monitor dan set kepala.

Sony akan menambah baik produk tersebut berdasarkan pendapat profesional pemain. Sony juga akan mencipta kelengkapan gaming yang akan membantu pemain memperoleh kemenangan dalam kejohanan kompetitif.

Hal ini kerana kepakaran Sony dalam penghasilan kualiti imej dan bunyi di mana mereka telah melakukan penyelidikan selama berpuluh tahun. Selain itu, Sony akan menghasilkan kandungan dalam talian dengan Fnatic untuk komuniti permainan memberikan pengalaman unik untuk ramai pemain termasuk peminat Fnatic.

Sony berkongsi dengan Fnatic matlamat bersama untuk memberi inspirasi dan memperkasakan semua pemain untuk terus mencapai potensi penuh mereka. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version