Site icon TechNave BM

Sony bekerjasama dengan Honda untuk hasilkan kereta elektrik pertama pada 2025

Sony dan Honda telah mengumumkan persetujuan untuk mengeluarkan kereta elektrik. Kedua-dua syarikat gergasi yang berasal dari Jepun itu akan membentuk syarikat baharu untuk membangun dan memasarkan kenderaan elektrik pertamanya pada tahun 2025.

Pembentukan syarikat baharu itu masih belum dimuktamadkan tetapi kedua-dua syarikat telah menandatangani memorandum persefahaman yang menetapkan hasrat kerjasama baharu mereka.

Syarikat baharu yang akan dibentuk bertanggungjawab ke atas reka bentuk, pembangunan dan jualan. Untuk pengetahuan, ini bukan kali pertama kedua-dua syarikat berkongsi hasrat mereka untuk memasuki segmen kereta elektrik. Pada tahun 2020, Sony mempersembahkan Vision-S, konsep kereta elektrik pertamanya.

Tambahan, pada awal 2022, Sony memperkenalkan kereta konsep keduanya iaitu Vision-S 02 dan mengesahkan rancangannya untuk menubuhkan Sony Mobility Inc. Honda pula menyasarkan untuk menghentikan penjualan kereta petrol menjelang 2040.

Malah, ia telah pun menunjukkan SUV elektrik pertama di bawah jenama baharunya. Sony telah memulakan ujian pemanduan autonomi dengan tujuan untuk menghasilkan kereta pandu sendiri pertamanya pada tahun ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version