Site icon TechNave BM

Sony bekerjasama dengan Meizu untuk hasilkan telefon pintar Xperia khas

Sony China telah mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat teknologi Meizu bagi meningkatkan jualan telefon pintar Xperia di China. Meizu sudah pun mempunyai lebih 100 juta pengguna dalam negara itu dan Sony berharap mereka boleh memanfaatkan pengaruh itu untuk meluaskan telefon mereka ke dalam pasaran China.

Sony akan mula memasang aplikasi Meizu terpilih di dalam telefon andalan Xperia 1 III dan telefon-telefon baharu. Pengguna Xperia 1 III sedia ada boleh mula memuat turunnya bermula bulan ini dalam sebuah kemas kini firmware khas.

Selain itu, Sony juga akan mula memperkenalkan beberapa fungsi antara muka (UI) Meizu Flyme dalam telefon Xperia. Antara fungsi yang ditawarkan adalah gedung aplikasi (app store), e-mel, cuaca dan berita. Setakat ini masih tidak diketahui jika inisiatif ini akan diperkenalkan untuk model Xperia lama.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Sony dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sony

Exit mobile version