Site icon TechNave BM

Sony beri diskaun sehingga RM500 untuk peranti andalan Sony Xperia 1 II, 5 II dan 10 II!

Jika anda sudah lama mengintip peranti andalan Sony, mungkin inilah masa untuk mendapatkannya. Sony Store Online dilihat memberi harga diskaun untuk peranti andalan Sony Xperia 1 II dan Sony Xperia 5 II. Bukan itu sahaja, peranti kelas pertengahan Sony Xperia 10 II turut hadir dengan harga diskaun.

Melihat kepada penyenaraian di laman Sony Store Online, terdapat diskaun 7% untuk Sony Xperia 11 (potongan harga sehingga RM350) dalam pilihan warna Black, Blue dan Violet. Manakala Sony Xperia 5 II dilihat mempunyai diskaun berbeza iaitu 2% (potongan harga RM100). Sony Xperia 10 II pula memiliki potongan harga sebanyak 27% (RM500). Anda boleh melihat harga asal dan harga selepas diskaun di bawah, namun anda boleh ke laman Sony Store Online untuk paparan harga dan maklumat lanjut.

Selain itu, laman rasmi Sony di Shopee turut menyenaraikan diskaun untuk Sony Xperia 1 II, tetapi dengan potongan harga yang lebih murah iaitu RM4,599 selepas diskaun. Anda boleh menyemak video atau ulasan yang lepas sebelum membelinya.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version