Site icon TechNave BM

Sony berikan dua game PlayStation 4 secara percuma

Nampaknya pelbagai syarikat game telah menawarkan banyak produk percuma pada bulan ini, bagi menggalakkan gamers untuk kekal dalam rumah. Bagi Sony, mereka telah memberikan dua game hebat kepada semua pemain PlayStation.

Game itu adalah koleksi Uncharted: The Nathan Drake Collection yang mengumpulkan tiga game pertama dalam francais Uncharted dan Journey. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Play At Home oleh PlayStation bagi menggalakkan pemilik PS4 untuk kekal dalam rumah.

Selain memberi game percuma, Play At Home juga bertujuan menaikkan dana untuk membantu studio game kecil yang mempunyai masalah kewangan berikutan wabak COVID-19. Uncharted Collection dan Journey boleh didapati secara percuma bermula 15 April sehingga 5 Mei.

Memandangkan Uncharted Collection terdiri daripada Uncharted 1, Uncharted 2 dan Uncharted 3, secara keseluruhan pemain PS4 mendapat empat game dalam tawaran hebat ini! Beritahu kami di Facebook jika anda akan memainkan Uncharted atau Journey sewaktu PKP ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PlayStation Blog

Exit mobile version