Site icon TechNave BM

Sony dedahkan konsep SUV elektrik Vision-S 02, rancang masuk pasaran EV

Semasa CES 2022, Sony mempamerkan konsep kenderaan elektrik Vision-S 02 pertamanya yang kelihatan menggunakan reka bentuk SUV. Firma Jepun itu turut berkongsi rancangannya untuk memasuki segmen EV dan mengeluarkan kereta di bawah syarikat Sony Mobility Inc. Malah, Sony telah pun menguji kenderaannya di jalan awam di Eropah sejak Disember 2020.

Sedikit menarik tentang konsep baharu ini ialah ia dipenuhi dengan sensor di luar dan dalam. Ia mempunyai pengimej CMOS dan sensor LiDAR untuk membantu pemandu dan memudahkan arahan daripada pemandu.

Seperti dinyatakan sebelum ini, Sony sedang menjalankan ujian yang diperlukan untuk memperoleh pengiktirafan dan melancarkan teknologi bantuan pemandu Tahap 2+ di jalan awam. Bahagian dalamnya terdapat kokpit dilengkapi dengan sensor ToF untuk pengesahan pemandu dan gerak isyarat navigasi.

Arahan suara juga terdapat dalam senarai cirinya. Kesambungan 5G akan memastikan kereta sentiasa aktif dalam sambungan untuk memastikan perisian dikemas kini dan membolehkannya dikawalan dari jarak yang jauh.

Vision-S 02 masih dalam segmen kereta konsep dan kami tidak tahu sama ada Sony akan menjadikannya kenderaan dengan pengeluaran secara besar-besaran. Sony mungkin dalam fasa bekerjasama dengan rakan perniagaan yang lain (pengeluar kereta) bagi merealisasikan idea ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kenderaan elektrik Sony ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version