Site icon TechNave BM

Sony dijangka lancar telefon 5G di Kongres Mudah Alih Sedunia

Syarikat elektronik Jepun, Sony, dijangka akan mengumumkan beberapa telefon pintar 5G di Kongres Mudah Alih Sedunia pada penghujung Februari. Berita ini adalah satu khabar angin yang masih belum disahkan tetapi media sudah pun mendapat maklumat bocor berkenaan spesifikasinya.

Telefon pertama yang masih tidak diketahui namanya akan mempunyai skrin HDR 4K, cipset Snapdragon 865 dan modem 5G X55. Kameranya pula akan terdiri daripada empat kanta yang akan dilengkapi sensor 48 atau 64 megapiksel, serta dua sensor 12 megapiksel untuk kamera telefoto dan ultra-lebar. 

Manakala telefon kedua, Sony Xperia 5 Plus, masih tidak diketahui spesifikasinya. Model janaan CAD menunjukkan pembaca cap jari akan digabungkan dengan butang suis. Ia juga diramal akan turut dikuasai Snapdragon 865 dan modem 5G.

Telefon Sony kelas pertengahan pula seperti Sony K8220 yang muncul di Geekbench baru-baru ini mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 765G.

Apakah pendapat anda tentang telefon pintar Sony yang akan datang? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version