Site icon TechNave BM

Sony InZone H9, H7 dan H3 dilancar di Malaysia, fon kepala ‘gaming’ bermula RM439

Sony baru sahaja melancarkan tiga varian fon kepala gaming di bawah siri InZone baharunya. Dihasilkan untuk kegunaan PC dan PS5, barisan ini terdiri daripada InZone H3, InZone H7 dan InZone H9. InZone H7 dan InZone H9 adalah fon kepala wayarles dan ketiga-tiganya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Malah, Sony Malaysia telah pun mendedahkan tanda harga tempatan bagi ketiga-tiga set kepala ini. Harga bagi varian H3 paling berpatutan dengan tanda berharga RM439 manakala H7 berharga RM1,099 dan yang terakhir sekali ialah H9 berharga RM1,299. Kedua-dua H3 dan H7 kini boleh didapati di Malaysia manakala H9 akan tiba di sini pada masa akan datang.

Sememangnya, H9 adalah fon kepala gaming yang paling lengkap daripada ketiga-tiganya. Ia menampilkan pembatalan hingar aktif, 360 Spatial Sound (hanya untuk PC), sehingga 32 jam hayat bateri dan mikrofon boom. H9 juga menyokong Tempest 3D AudioTech PS5.

Bagi H7, ia berkongsi banyak ciri dengan H9 kecuali pembatalan hingar aktif. Ini merupakan salah satu sebab mengapa terdapat perbezaan harga sebanyak RM200. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa ia menawarkan sehingga 40 jam hayat bateri.

Akhir sekali ialah set kepala berwayar H3. Ia adalah model paling asas dan ia hanya menyokong 360 Spatial Sound dan bukan Tempest 3D AudioTech PS5. Ia juga tersedia ciri mikrofon boom.

Menurut Sony Malaysia, InZone H7 dan InZone H3 kini boleh dibeli di Malaysia masing-masing pada harga RM439 dan RM1,099. Bagi InZone H9 pula ianya berharga RM1,299 dan ia akan tiba di sini dalam masa terdekat.

Adakah anda berminat dengan salah satu fon kepala gaming Sony lancarkan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version