Site icon TechNave BM

Sony kini tawarkan sehingga 6 bulan langganan Apple Music secara percuma untuk pemilik PS5

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan Apple Music di PlayStation, Apple menawarkan pemilik PlayStation 5 sehingga enam bulan akses percuma kepada perkhidmatan penstriman ‌Apple Music‌.

Pemilik PlayStation 5 perlu melog masuk ke PlayStation Network, muat turun aplikasi ‌Apple Music‌ dan ikut arahan pada skrin untuk menerima tawaran. Pengguna perlu melog masuk dengan Apple ID atau daftar akaun baharu.

Laman rasmi PlayStation mencadangkan pemain menggunakan ‌Apple Music‌ untuk membuat senarai main permainan yang diperibadikan untuk didengari sebelum, semasa dan selepas sesi permainan. Promosi ‌Apple Music‌ hanya tersedia di PlayStation 5 dan ia perlu ditebus pada konsol PlayStation 5.

Tawaran ini sah untuk pelanggan baru dan sedia ada ‌Apple Music‌. Pelanggan baharu akan menerima enam bulan ‌Apple Music‌ manakala pelanggan sedia ada akan mendapat lima bulan. Apple akan menawarkan promosi tersebut sehingga hari ini. Selepas tempoh enam bulan tamat, langganan boleh diteruskan dengan harga RM 16.90 sebulan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version