Site icon TechNave BM

Sony lancarkan televisyen BRAVIA baru, direka khas untuk PlayStation 5

Sony Malaysia hari ini melancarkan siri TV BRAVIA yang dipasarkan dengan cogan kata Ready for PlayStation 5, di mana televisyen ini telah dioptimakan untuk beroperasi dengan konsol PlayStation 5 (PS5) yang akan dilancar pada hujung tahun ini.

Televisyen BRAVIA X90H 4K HDR Full Array LED mampu menjanakan imej gameplay 4K dengan lancar pada 120 bingkai sesaat (frames per second) dan input lag serendah 7.2 milisaat. Sementara itu, BRAVIA Z8H 8K HDR Full Array LED pula boleh menjana imej yang lebih jelas dengan resolusi 8K, di samping 4K pada 120fps.

Dengan BRAVIA Game Mode, pengguna boleh menghidupkan PS5 dan TV BRAVIA serentak menggunakan controller wayarles DualSense. Alat kawalan jauh TV BRAVIA Ready For PlayStation 5 juga boleh digunakan untuk mengawal PS5.

Kedua-dua televisyen ini akan mula dijual di Malaysia bermula Ogos 2020. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki televisyen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version