Site icon TechNave BM

Sony lancarkan video iklan kamera Xperia Pro-I 12MP

Kini, Sony lebih fokus pada pasaran telefon pintar kamera premium dan telefon bimbit terbarunya, Xperia Pro-I. GSM Arena telah menyiarkan beberapa video baharu yang mempamerkan Xperia PRO-I. Mereka menunjukkan jurugambar profesional menggunakan telefon dan pandangan keseluruhan pengalaman.

Video pertama menunjukkan cara jurugambar Takashi Namiki menggunakan kamera untuk fotografi alam semula jadi dan beberapa gambar seorang wanita. Seiring dengan itu, dia memfokuskan sedikit tentang sejauh mana telefon pintar itu menjejaki subjek.

Video seterusnya mempamerkan cara AUXOUT menguji keupayaan video telefon yang menunjukkan jurugambar dan seorang wanita di sekitar Hiroshima. Kami melihat tangkapan video dalam keadaan pencahayaan yang sangat berbeza.

Video terakhir menunjukkan pemenang peraduan foto perjalanan National Geographic, Zhang Qianli. Zhang Qianli lebih banyak bercakap mengenai kualiti umum kamera dan perubahan apertur. Salah satu perkara utama kamera telefon ini adalah sensor 1 inci yang menyerap lebih banyak cahaya untuk fotografi yang berkualiti.

Kamera utama 12MP yang mempunyai pilihan apertur sama ada f/2 atau f/4. Ia juga mempunyai kamera telefoto 12MP, kamera ultralebar 12MP dan sensor kedalaman 3MP. Xperia PRO-I boleh merakam kandungan HDR 1080p sehingga 240 fps dan video 4K sehingga 120 fps. Kamera ini adalah Zeiss, sebuah jenama dari Jerman untuk menyokong optik. Kamera hadapan 8MP pula dapat merakam video sehingga 1080p pada 30fps.

Jika anda berminat, anda boleh mendapatkannya dengan harga $1800 (~RM7,473). Namun kehadirannya di Malaysia masih tidak diberitahu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version