Site icon TechNave BM

Sony lancarkan Xperia 1 II dengan Snapdragon 865 5G, akan dipasarkan bermula Mac

Sony telah melancarkan telefon pintar flagship terbarunya, Xperia 1 II (disebut sebagai one-mark-two), pada hari ini. Telefon itu akan dioperasi oleh cipset Snapdragon 865 5G, mempunyai paparan OLED 4K HDR 6.5 inci dengan nisbah 21:9 dan teknologi pengurangan kabur daripada pergerakan (motion blur).

Daripada segi kamera pula ia akan dilengkapi tiga kanta 16mm + 70mm + 24mm dengan sensor 12MP dan sensor kedalaman 3D iToF (Time of Flight). Ia juga membawa ciri-ciri daripada siri kamera Sony Alpha seperti tangkapan 20 gambar sesaat, jejakan autofokus bersambungan (continuous AF) dan jejakan autofokus mata (eye-tracking AF). Untuk rakaman video pula, telefon itu dilengkapi teknologi pengurangan bunyi bising untuk audio yang lebih jelas.

Buat mereka yang masih setia dengan earphone tradisional, Xperia 1 II akan datang dengan bicu audio 3.5mm. Gamers pula boleh bermain game dengan menghubungkan Xperia 1 II kepada controller DualShock 4 jika mereka ingin bermain seperti PlayStation.

Baterinya pula berkapasiti 4,000mAh dan boleh dicaj melalui pengecasan wayarles. Sony hanya memaklumkan bahawa telefon itu akan mula dipasarkan pada musim bunga iaitu bermula pada bulan Mac atau April.

Masih tiada berita tentang harga telefon tersebut di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon ini dan teruskan bersama Rakan Tekologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version