Site icon TechNave BM

Sony LinkBuds S x Olivia Rodrigo diumum di Malaysia, miliki 2 tetapan EQ istimewa berharga RM929

Sony telah melancarkan varian baharu untuk fon telinga pembatalan hingar aktif wayarles LinkBuds S dengan kerjasama penyanyi dan penulis lagu terkenal Olivia Rodrigo. Walaupun tiada perubahan besar yang dibuat pada keluaran edisi terhad, masih terdapat beberapa perkara yang menjadikannya berbeza daripada LinkBuds S standard.

LinkBuds S x Olivia Rodrigo ditawarkan dalam corak marmar violet yang direka oleh penyanyi itu sendiri. Memandangkan peranti ini menggunakan plastik kitar semula yang sama serupa dengan warna Earth Blue, corak setiap LinkBuds S x Olivia Rodrigo adalah berbeza.

Selain itu, fon telinga ini turut disertakan dengan dua tetapan penyama tersuai yang boleh diakses melalui aplikasi Sony Headphones Connect. Tetapan tersebut dihasilkan oleh Olivia bersama penerbit dan penulis lagu, Daniel Nigro dengan salah satu tetapan EQ ditala khusus untuk album GUTS yang baru dikeluarkan manakala satu lagi tetapan ditujukan untuk album sulungnya, SOUR 2021.

GUTS juga tersedia untuk Sony Audio Reality 360 yang boleh dinikmati melalui perkhidmatan penstriman muzik terpilih seperti Tidal. LinkBuds S x Olivia Rodrigo edisi terhad kini tersedia untuk dibeli dari kedai dalam talian Sony Malaysia pada harga RM929. Walau bagaimanapun, masa penghantaran hanya akan bermula pada 1 November.

Setiap pembelian akan mendapat bonus Beg Tote Olivia Rodrigo GUTS bernilai RM185, pelekat rama-rama dan sarung LinkBuds S. Anda boleh pra-pesan LinkBuds S di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan LinkBuds S x Olivia Rodrigo ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version