Site icon TechNave BM

Sony LSPX-S3 dilancar di Malaysia: Bateri 8 jam, unit pembesar suara 46mm, berharga RM1,499

Seperti yang anda tahu, Sony mempunyai barisan produk audio yang berkualiti. Fon kepala dan fon telinga mereka adalah sangat popular, namun pernahkah anda tahu mengenai pembesar suara gaya hidup mewah mereka? Ianya dipanggil dengan nama Sony LSPX-S3 dan ia adalah pembesar suara kaca generasi ketiga dari Sony.

Peranti ini adalah sebuah pembesar suara wayarles dengan binaan kaca yang menawan. Yang menarik, ia hadir dengan lampu yang menyokong 32 tangga kecerahan dan dua mod lampu lilin. Jadi, anda boleh meletakkannya di meja makan sebagai pencahayaan untuk sebuah makan malam ‘candlelight‘.

Semestinya, LSPX-S3 bukan sahaja bertindak sebagai lampu. Ia juga menyokong Advanced Vertical Drive Technology yang dapat memberikan kualiti audio yang lebih sedap. Tambahan lagi, ia juga hadir dengan pembesar besar 46mm yang menawarkan audio yang seimbang dengan radiator pasif untuk bass yang lebih mendalam.

Sony Malaysia menyenaraikan peranti ini pada tanda harga RM1,499. Namun begitu, ia tidak akan mula dijual sehinggalah bulan Oktober ini.

Untuk matlumat lanjut, anda boleh layari halaman web rasmi untuk LSPX-S3. Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version