Site icon TechNave BM

Sony Malaysia akan tawarkan langganan PlayStation Plus baharu bermula RM29 sebulan

Buat para pemiliki PlayStation di Malaysia, Sony bakal melancarkan perkhidmatan langganan gaming PlayStation (PS) Plus yang diperbaharui di mana ia mempunyai tiga peringkat iaitu PS Plus Essential, PS Plus Extra dan PS Plus Premium.

Seperti yang telah diumumkan oleh Sony sebelum ini, berikut adalah penjelasan mengenai kategori PS Plus baharu untuk para pemilik PS di Malaysia:

PlayStation Plus Essential

PlayStation Plus Essential menawarkan faedah yang sudah dinikmati oleh pelanggan PS Plus sebelum ini, seperti dua game percuma setiap bulan, diskaun eksklusif, simpanan cloud untuk fail saved games dan akses khas untuk game multi-pemain.

Ia boleh dilanggan pada harga RM29 sebulan, RM69 untuk tiga bulan atau RM159 untuk setahun.

PlayStation Plus Extra

Pelanggan PlayStation Plus Extra akan menerima semua faedah PS Plus Essential, serta boleh memuat turun dan memainkan lebih 400 game popular dalam PS4 dan PS5, termasuk game daripada PlayStation Studios dan game pihak ketiga.

Ia boleh dilanggan pada harga RM44 sebulan, RM114 untuk tiga bulan atau RM259 untuk setahun.

PlayStation Plus Premium

Selain menerima faedah daripada kategori Essential dan Extra, pelanggan PlayStation Plus Premium akan menerima akses untuk 340 game tambahan, termasuklah game PS3 secara cloud streaming serta game PS, PS2 dan PSP secara muat turun atau cloud streaming.

Perkhidmatan cloud streaming boleh diakses melalui PlayStation Now menggunakan PS4, PS5 atau komputer. Selain itu, pelanggan kategori ini juga boleh mencuba dulu game untuk beberapa jam sebelum membelinya.

Ia boleh dilanggan pada harga RM50 sebulan, RM130 untuk tiga bulan atau RM309 untuk setahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggan salah satu kategori di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version