Site icon TechNave BM

Sony Malaysia anjurkan promosi khas untuk PlayStation sempena Ramadan Deals 2021

Sony Malaysia akan menganjurkan pelbagai tawaran harga murah untuk pelanggan konsol PlayStation melibatkan beberapa kelengkapan dan game, sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini. Promosi ini akan berlangsung sehingga hari Rabu, 12 Mei 2021.

Berikut adalah senarai penuh untuk Ramadan Deals 2021 oleh Sony Malaysia:

Selain promosi di kedai-kedai fizikal, Sony turut menganjurkan promosi dalam kedai digital PS Store di mana pelbagai game akan dijual dengan potongan harga sehingga 80%.

Pelanggan juga boleh membeli langganan PS Plus selama 12 bulan dengan diskaun 20%, menjadikan harganya sebanyak RM127. Promosi PS Plus ini hanya akan berlangsung sehingga 5 Mei.

Layari laman Facebook PlayStation Asia untuk maklumat lanjut tentang promosi PlayStation. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version