Site icon TechNave BM

Sony Malaysia lancarkan earphone wayarles WF-H800 h.ear in 3

Semakin banyak syarikat elektronik kini menghasilkan fon telinga wayarles mereka sendiri. Terbaru, Sony melancarkan WF-H800 h.ear in 3, sepasang earphone wayarles yang akan muncul dalam pasaran Malaysia dengan harga RM849.

Daripada segi spesifikasi, WF-H800 h.ear in 3 sebenarnya tidak jauh beza dengan satu lagi earphone wayarles Sony, WF-1000XM3, yang dijual pada harga RM949. Kedua-duanya mempunyai driver 6mm tetapi WF-H800 h.ear in 3 adalah lebih kecil dan hadir dengan pelbagai warna. WF-1000XM3 datang dengan warna hitam dan kelabu sahaja tetapi WF-H800 h.ear in 3 terdapat dalam warna merah, oren, hijau, biru dan hitam.

WF-H800 h.ear in 3 juga dilengkapi pembatalan bunyi bising aktif, Amazon Alexa dan Google Assistant. Ia boleh digunakan selama lapan jam dengan caj bateri penuh. Apabila digabungkan dengan perumahnya yang turut mempunyai bateri lapan jam, membuatkan masa keseluruhan kegunaan earphone itu selama 16 jam. Ia juga boleh dicas dengan cepat, di mana pengecasan 10 minit boleh mengoperasikan earphone itu selama 70 minit.

Sony mengatakan di laman rasmi Lazada-nya bahawa tarikh rasmi ia boleh didapati dalam pasaran Malaysia ialah 23 Februari. Beritahu di Facebook kami jika anda berminat untuk mendapatkan earphone wayarles ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version