Site icon TechNave BM

Sony Malaysia lancarkan Xperia 1 II & Xperia 5 II: Snapdragon 865, fungsi fotografi profesional bermula RM4,099

Sony telah mengumumkan jualan telefon pintar flagship Sony Xperia 1 II untuk pasaran Malaysia pada Ogos lalu, manakala telefon pintar Xperia 5 II pula telah dilancarkan secara antarabangsa pada bulan September. Kini Sony Malaysia telah pun mengumumkan harga untuk kedua-dua telefon itu iaitu RM4,999 untuk Xperia 1 II dan RM4,099 untuk Xperia 5 II.

Secara ringkas, Sony Xperia 1 II merupakan telefon flagship yang dilengkapi pelbagai fungsi fotografi profesional seperti jejakan autofokus mata (eye-tracking AF), jejakan autofokus bersambungan (continuous AF) dan penggambaran pada kadar 20 gambar sesaat. Di samping itu, ia turut mempunyai cipset Snapdragon 865, skrin OLED 4K HDR 6.5 inci dan bateri 4,000mAh.

Sony Xperia 5 II pula turut menampilkan spesifikasi flagship, dengan cipset Snapdragon 865, sokongan pengecasan pantas 21W, pemebesar suara stereo Dolby ATMOS dan tiga kamera. Ia turut mempunyai fungsi fotografi yang canggih seperti sokongan JPG + RAW, sokongan autofokus Dual Pixel dan rakaman video 4K 120fps. Untuk spesifikasi penuh telefon ini, boleh baca artikel pelancarannya di sini.

Layari laman web Sony Malaysia untuk maklumat lanjut tentang pembelian telefon ini. Adakah anda akan membeli Xperia 1 II atau Xperia 5 II? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version