Site icon TechNave BM

Sony Malaysia umum lensa G Master baru, FE 50mm F1.2: Bakal dijual pada harga RM9,499

Untuk jurugambar profesional, lensa kamera baharu pasti mengundang rasa teruja. Sony kini mengumumkan lensa bingkai penuh (full-frame) untuk kamera Alpha iaitu lensa G Master FE 50mm F1.2 GM.

Sony mengesahkan bahawa lensa baharu (model SEL50F12GM) adalah lensa E-mount ke-60 dari mereka. Seperti namanya, lensa dengan apertur F/1.2 ini direka untuk mengambil gambar dan video pegun. Ia menggunakan elemen tiga kanta asfera ekstrem (XA) untuk memberi resolusi tinggi kepada gambar bersama litupan Nano AR Coating II.

Dari segi spesifikasi, FE 50mm F1.2 GM hadir dengan empat motor linear dinamik ekstrem. Spesifikasi ini memberi kemampuan fokus pada subjek yang lebih baik, mengekalkan penjejakan autofokus yang senyap. Ia juga memiliki jarak fokus minimum 0.4m, Linear Response MF (Manual Focus), butang buka/tutup pada cecincin apertur dan banyak lagi.

Lensa baharu ini bakal hadir di pasaran Mei 2021 pada harga RM9,499. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menyemak di laman rasmi Sony Malaysia. Adakah anda berminat dengan lensa G Master baharu ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version