Site icon TechNave BM

Sony Malaysia umumkan tarikh baru untuk pembelian PlayStation 5 pada April 2021

Jika anda sudah lama menantikan peluang untuk membeli konsol gaming PlayStation 5 sejak tahun lalu, kini anda berpeluang untuk membelinya pada hari esok. Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa pra-tempahan ke-lima untuk PlayStation 5 akan bermula pada hari Jumaat, 16 April jam 12:01 tengah malam.

Untuk tempahan kali ini, hanya varian PlayStation 5 dengan pemacu Ultra HD Blu-Ray yang akan ditawarkan, dijual pada harga RM2,299. Varian PS5 Digital Edition tidak disediakan dalam tempahan kali ini. Pra-tempahan tersebut hanya akan ditawarkan dalam Lazada.

Pastikan anda bersedia untuk membuat pesanan secepat mungkin kerana produk ini pasti akan kehabisan stok beberapa jam selepas tempahan dibuka. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli PS5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version