Site icon TechNave BM

Sony melancarkan Xperia L4 peranti kelas pertengahan secara rahsia?

Walaupun anda masih menunggu telefon pintar jenama Sony Xperia yang baru untuk keluar, syarikat itu secara diam-diam mengeluarkan peranti kelas pertengahan sebagai habuan untuk peminatnya yang setia menunggu. Peranti baru ini dikenali sebagai Sony Xperia L4 ini akan muncul di negara-negara terpilih pada musim bunga.

Xperia L4 ini mempunyai reka bentuk waterdrop dengan bezel yang agak tebal dan skrin LCD 6.2 inci. Selain itu, skrinnya juga menggunakan format filem 21:9 yang ada pada model Sony yang lain. Dengan cipset MediaTek Helio P22, peranti ini menyokong sehingga 3GB RAM dan penyimpanan 64GB. Ia juga dikatakan mempunyai prestasi yang sama seperti cipset Snapdragon 625 Qualcomm.

Untuk fotografi pula, Xperia L4 mempunyai persediaan kamera tiga kali ganda yang dilengkapi dengan sensor utama 13MP, sensor ultra-lebar 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Kamera selfie 8MP dengan takuk (notch) terletak pada bahagian hadapan peranti itu. Selain itu juga ia dilengkapi dengan pengecasan pantas, walaupun mereka tidak menyatakan jumlah watt yang ada. Peranti itu didatangkan dengan sensor cap jari pada sisi disamping terdapat bicu audio 3.5mm.

Beritahu pendapat anda tentang Sony Xperia L4 di laman Facebook kami! Dan teruskan bersama TechNave BM untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version