Site icon TechNave BM

Sony menukar polistirena kepada biopolimer biodegradasi dalam bungkusan untuk pelihara alam

Sony merupakan syarikat pertama dalam industri yang menghapuskan penggunaan bahan kusyen buih polistirena untuk TV besar melibatkan BRAVIA 9 dan TV LED Mini 4K bersaiz 85 inci yang akan diperkenalkan di Hong Kong dan Taiwan.

Daripada buih polistirena, Sony menggunakan bahan biopolimer biodegradasi yang berasal daripada biojisim yang dibuat oleh Kaneka Corporatin untuk bahan kusyen. Bahan ini senang terurai dalam pelbagai persekitaran dan sekali gus menyumbang kepada penyelesaian masalah pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh plastik.

Untuk menerima pakai biopolimer biodegradasi, Sony mencipta struktur acuan mengikut ciri-ciri bahan yang berbeza daripada buih polistirena. Untuk maklumat lanjut mengenai kelestarian dalam TV BRAVIA, anda boleh klik di sini.

Sony Group sedang berusaha ke arah pelan alam sekitar yang dipanggil “Road to Zero” dengan matlamat untuk mencapai sifar kesan alam sekitar menjelang 2050. Sony akan terus mengurangkan kesan alam sekitar melalui pembangunan dan penggunaan bahan-bahan yang mementingkan alam sekitar.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version