Site icon TechNave BM

Sony mungkin akan hidupkan semula telefon 4 inci Xperia Compact

Pada 2014, Sony telah melancarkan telefon pintar Xperia Z1 Compact dengan skrin 4.3 inci, iaitu telefon kompak pertama oleh Sony dalam siri Xperia Compact. Sony masih menghasilkan beberapa telefon dalam siri itu sehingga 2018, apabila Xperia ZX2 Compact menjadi Xperia Compact yang terakhir.

Kini media melaporkan bahawa Sony mungkin akan menghidupkan semula siri tersebut pada tahun ini, selepas pelancaran iPhone 12 mini pada 2020. Sumber melaporkan bahawa Xperia Compact baru ini akan dilengkapi skrin 5.5 inci, dwi-kamera 13MP, kamera swafoto 8MP serta bicu audio 3.5mm.

iPhone 12 mini dengan skrin 5.4 inci merupakan varian iPhone 12 yang paling kurang mendapat sambutan, oleh itu kami masih tidak dapat memastikan jika Xperia Compact baru ini mampu dijual dengan jumlah yang tinggi sewaktu pasaran telefon pintar dibanjiri dengan skrin sekitar 6 inci.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: VOICE

Exit mobile version